Julai 15, 2008
Dilema
Ok ini adalah sangat mendilemakan (wujudkah perkataan ini?). Perkara pertama adalah: laptop lama saya sudah musnah. Musnah sepenuhnya tanpa dapat diberi bantuan hatta bantuan pernapasan mulut-ke-mulut pun. Jadi ia menunjukkan saya perlu mencekau laptop baru, bukan? Dan setelah termakan hasutan dan diracun oleh rakan-rakan sepejabat saya, saya akan mencekau laptop keluaran Apple. Saya tidak akan memandang laptop lain yang bukan keluaran Apple.
Masalahnya di sini, Apple sedang membuat jualan murah ke atas Macbook (adakah ia satu masalah?? Hahaha). Akan tatapi, wujud khabar-khabar angin yang mengatakan Aluminium Macbook akan keluar di pasaran pada tahun ini yang entah bila la kan sampai naik penat dah aku tunggu. Kata hari tu April atau Mei atau Jun tapi sekarang dah Julai ok. Tiap-tiap hari bukak laman web Apple tapi yang ada hanya promosi iPhone 3G. Setakat ni dah lebih sejuta unit terjual di seluruh dunia. Bapak kaya la Steve Jobs. Aku chinta padamu, Steve Jobs.
Balik ke cerita asal. Itu satu dilema. Nak beli Macbook sekarang atau Aluminium Macbook kan? Dengar cerita dengan Aluminium Macbook akan keluar dengan WARNA pulak tu!! Oh gila babi cool. Babi pun tak cool macam tu, ada kaler-kaler. Macam kaler iPod Nano, konon-kononnya. Jadi rasa macam oudated la pulak kalau beli Macbook sekarang (tapi aku dah tak tahan. Macam nak kencing sangat-sangat dah. Dah tak boleh tahan hidup tanpa laptop. Sekarang tengah melenjan laptop pejabat).
Lepas tu, ada la pulak Macbook Air dengan Macbook Pro kan? Tatapi, fungsi Macbook Air sangat limited dan segala-galanya external. Apa jadah USB port seketul aje??? Dah la tu processor pun rendah pulak tu (berbanding Macbook). Jadi rasa tak berbaloi untuk membeli Macbook Air. Lepas tu Macbook Pro pulak. Besar sangat. 15″ adalah besar ok. Tak praktikal. Pada aku la, sebab berat. Lain la kalau aku ni Badang makan muntah hijau jin lagi gagah perkasa nak menghangkut laptop berat-berat ke hulu ke hilir kan?
Berbalik ke Aluminium Macbook. Konon-kononnya ia adalah RINGAN (waww!). Dan lebih mahal (Ouch!) kerana kos untuk menghasilkan laptop aluminium yang mesra alam sekitar adalah lebih tinggi berbanding dengan laptop Macbook sekarang yang dibuat dari polycarbonate. Apple kini dalam usaha untuk menghasilkan produk-produk yang mesra alam sekitar ataupun GREEN. Dua kali chinta untuk Abg. Steve Jobs. Akan tatapi seperti yang saya katakan, bilakah zamannya Aluminium Macbook akan keluar adalah tidak dapat dipastikan. Chinta untuk Steve Jobs berkurang 10% disebabkan hal ini.
Jadi, bagaimanakah???
Ok ada tambahan. Aku (kejap aku, kejap saya. tapi takpe) ada terpikir nak beli iMac untuk letak kat opis la kan. Tapi aku tak akan lama kat Malaysia. Dalam beberapa bulan sahaja lagi, silap-silap hujung tahun ni aku berambus. Jadi macam satu pembaziran pulak kalau beli iMac, jadi aku mungkin patut terus beli laptop yang aku tak tau nak ambik yang mana.
Tolonglah saya, Cik Seri Siantan.










